MATU: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Pergau, di sini, semalam disambut meriah.
Malah kemeriahan itu diserikan dengan kehadiran Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi.
Dalam ucapannya, beliau menjelaskan, sambutan Aidilfitri merupakan platform penting dalam memperkukuh semangat perpaduan, kasih sayang dan muafakat dalam kalangan warga sekolah dan komuniti setempat.
“Sambutan seperti ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturrahim, tetapi juga memupuk nilai-nilai murni dalam diri generasi muda, khususnya pelajar yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa hadapan,” ujar beliau.
Majlis tersebut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan nyanyian oleh murid-murid, serta jamuan hari raya yang menyajikan pelbagai hidangan tradisional.
Tetamu turut mengambil peluang beramah mesra dalam suasana penuh kemesraan dan harmoni. – UKAS
