Tujuh syarikat tawar jawatan pekerjaan program PERKESO

BINTULU: Sebanyak tujuh syarikat di sini, menyertai Program Seranta Bersama Majikan Baru dan Mini Karnival Kerjaya MyFuture Jobs 2024, di sini, hari ini.

Syarikat terbabit menawarkan sebanyak 753 jawatan pekerjaan kepada pencari kerja yang hadir pada program dianjurkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Selain itu, 10 suri rumah dari kawasan Jepak juga menerima tajaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dari ADUN Jepak, Iskandar Turkee.

Tajaan skim SKSSR terbabit dengan caruman bernilai RM120 seorang untuk tempoh 12 bulan.

Hadir sama Pengurus Pejabat PERKESO Bintulu, Fenny Lim.