KUCHING: Selepas mengikuti bengkel selama dua hari dalam satu program selama lima bulan yang dipenuhi dengan kajian dan maklumat perniagaan, usahawan Scale Sarawak Cohort 2, kini bersedia untuk menerokai pasaran di luar Sarawak.
Tabung Eknomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) dalam kenyataan berkata, bengkel itu menandakan satu permulaan baharu untuk membangunkan perusahaan tempatan.
Dianjurkan oleh TEGAS dengan kerjasama Endeavor Malaysia, program itu menghimpunkan pengasas perniagaan untuk meningkatkan pengalaman, sesi mentoring, penyelidikan panel dan mewujud rantaian dengan pemimpin industri.
Mulai Mei hingga Oktober 2025, SOL Digital, Belibeli Super App, OINC, Noms Fochun Founders, Kosa Coffee dan Satok Bridge Digital, menjalani sesi pembangunan keusahawanan secara intensif untuk meningkatkan model perniagaan, keupayaan kepimpinan dan strategi pertumbuhan.
Program itu menyedia sokongan strategik termasuk mentor, sesi sasaran bina keupayaan dan peluang rantaian eksklusif untuk memacu pertumbuhan perusahaan di negeri ini.
Program itu menghubungkan pengasas dengan pemain industri dan mentor semasa, menawarkan akses kepada ekosistem kepakaran keusahawanan
Endeavor yang diktiraf di peringkat global.
Program tahun ini mengetengahkan barisan mentor berpengalaman termasuk Pengarah Urusan Endeavor Malaysia, Shan Li Tay, Pengarah dan CEO Kumpulan Nando’s Malaysia dan Singapura, Mac Chung Lyun, CEO Verdant Solra, Zeth Lim, Pengasas Bersama TRAPO, Zare Lee, Pengasas bersama ZCOVA, Ziwei Lim dan Pengasas Meaningful Life, Anna Chew.
Pemimpin perniagaan terkemuka itu berkongsi pengalaman berharga berkaitan kepimpinan, kefahaman pelanggan, pembangunan jenama dan kelestarian pertumbuhan peniagaan. Ini memberi inspirasi kepada peserta untuk menyusun strategi perniagaan mereka dan berusaha dengan penuh yakin.
Melalui program itu, TEGAS dan Endeavor Malaysia terus meningkatkan ekosistem permulaan perniaga tempatan dengan melengkapkan pengasas Sarawak akses kepada mentor berpengalaman, rantaian yang berharga dan pengetahuan yang diperlukan untuk membangunkan perusahaan mereka di peringkat wilayah dan global.
