120 terima sumbangan Majlis Iftar Jamaie Nexgen Petra Jaya

KUCHING: Seramai 120 orang menerima sumbangan duit raya di Majlis Iftar Jamaie Nexgen Petra Jaya 2024 di Masjid Al Ghazali, Jalan Depo, di sini, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Fadillah Yusof menyampaikan sumbangan itu kepada seramai 60 orang anak-anak Rumah Amal Nur Murni.

Seterusnya kepada seramai 30 orang pelajar Madrasah Darul Uloom Al Fatah dan 30 orang pelajar Pusat Tahfiz Husnul Khatimah.

Majlis terbabit dianjurkan Pusat Khidmat Ahli Parlimen P.194 Petra Jaya bersama Nexgen Petra Jaya.

Seramai 40 m sukarelawan Nexgen Petra Jaya terdiri daripada belia serta pelajar Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (ICATS) juga menyumbang tenaga menjayakan program itu.