KABONG: Sambutan Maulidur Rasul peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong tahun ini menarik 1,411 peserta daripada 61 kontinjen.
Jumlah penyertaan tersebut menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya sekali gus menjadi bukti kecintaan umat Islam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir yang menyifatkan 12 Rabiulawal sebagai tarikh penuh keberkatan.
“Sambutan Maulidur Rasul diraikan dengan pelbagai cara, namun matlamat utamanya tetap satu iaitu mengingati, menghayati dan meneladani perjuangan serta pengorbanan Rasulullah SAW,” katanya.
Seperti lazimnya, sambutan diserikan dengan pertandingan perarakan dan sepanduk yang disertai pelbagai kategori.
Bagi Kategori A (Jabatan/Agensi/Badan Berkanun/Swasta/Institusi Pendidikan) pertandingan sepanduk, SMK Kabong muncul sebagai johan, SK Kampung Alit naib johan dan tempat ketiga Persatuan Nelayan Kawasan Kabong.
Bagi Kategori B (Masjid/Surau/Kelab/Persatuan/Pertubuhan), Surau Khairul Ummah Kampung Sessang muncul johan, naib johan pula Surau Darul Nadwah Kabong dan tempat ketiga PBB Cawangan N.40 Kabong.
Bagi Kategori C (JKKK), johan telah disandang oleh JKKK Kampung Baru Kabong, JKKK Kampung Hilir Darat Kabong sebagai naib johan dan JKKK Kampung Hilir Laut ditempat ketiga.
Manakala bagi keputusan pertandingan perarakan kontinen pula dimenangi oleh SMK Kabong, SK Abang Leman Kabong sebagai naib johan dan Jabatan KEMAS Daerah Saratok ditempat ketiga.
Setiap pemenang menerima wang tunai dan piala, dengan johan membawa pulang RM1,000, naib johan RM700, ketiga RM500, manakala saguhati sebanyak RM200.
