Month: November 2023

Pesta Roban kembali lagi

KABONG: Masyarakat kawasan Roban di sini diminta mengambil peluang dan memanfaatkan penganjuran kembali Pesta Roban 2023. Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Datuk Dr Ripin Lamat berkata, kali terakhir pesta itu dianjurkan 2015 dan kini muncul kembali selepas lapan tahun. “Pesta Roban 2023 adalah pentas terbaik untuk memajukan sektor sukan, riadah, pelancongan, sosial dan […]

Sarawak terokai satu lagi sumber pendapatan baharu

GEDONG: Kerajaan Sarawak berhasrat meneroka satu lagi sumber pendapatan baharu bagi meningkatkan sumber pendapatan negeri sebagai tambahan kepada sumber pendapatan sedia ada. Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut memberi bayangan kemungkinan beliau akan mengumumkan perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang akan bermula 20 November ini. Bagaimanapun, […]

Warga Kementerian Perladangan dan Komoditi hulur sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin

KUALA LUMPUR: Warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan agensinya menyumbangkan kutipan berjumlah RM850,566.23 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin hari ini. Menurut kenyataan media KPK, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Fadillah Yusof menerima sumbangan yang kutipannya diselaraskan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan KPK dan sebagai tanda menyokong misi kemanusiaan terhadap rakyat […]

Projek pembangunan pantai pelancongan Belawai dilulus

TANJUNG MANIS: Kesan daripada projek pembangunan akan memberi impak kepada penduduk bukan sekadar dari segi keselesaan malah taraf peningkatan ekonomi penduduk juga turut bertambah. Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pembangunan Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salle berkata, projek pantai Belawai ini telah diluluskan kerajaan negeri dengan peruntukan sebanyak RM161.7 juta. “Jadual pelaksanaan ini telah […]

Inisiatif kerajaan tarik pelaburan ke Sarawak

Pelbagai inisiatif yang dilaksana kerajaan menjadikan Sarawak berpotensi sebagai kuasa kemampanan industri mengutamakan Alam Sekitar, Sosial dan Tabir Urus Baik (ESG), kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan berkata, inisiatif yang dilaksanakan itu seperti gas hidorgen, bahan bakar penerbangan mampan, memajukan bahan makanan […]

Sarawak tuan rumah PARA SUKMA XXI 2024

KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah Temasya Sukan Malaysia (PARA SUKMA XXI) 2024 bermula 21 hingga 28 September 2024. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sebanyak 10 jenis sukan akan dipertandingkan di Kuching, Samarahan dan Sibu. Katanya sukan terbabit ialah olahraga, tenpin bowling, powerlifting, ping pong, memanah, badminton, lawn bowls, […]

Belanjawan 2024: Kerajaan Sarawak sediakan bantuan peralatan pembelajaran

KUCHING: Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) Sarawak bakal menikmati bantuan peralatan pendidikan bagi memudahkan pembelajaran mereka. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, bantuan itu disediakan sepenuhnya oleh kerajaan negeri termasuk bantuan komputer riba, buku teks dan peralatan lain. Perkara itu akan diumumkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) […]

Sarawak sedia kerjasama dengan PETRONAS terokai pengeluaran tenaga alternatif

KUALA LUMPUR: Kerajaan Sarawak bersedia bekerjasama dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) dalam menerokai pengeluaran tenaga alternatif selain minyak dan gas. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini kerana masalah iklim dunia dan Sarawak juga ada tenaga alternatif terbabit seperti hidrogen. “Kita boleh berbincang bersama untuk menerokai tenaga-tenaga lain selain daripada […]

Industri sawit negara tempa kejayaan – Fadillah

KUALA LUMPUR: Malaysia mencapai satu lagi kejayaan besar hasil daripada penggunaan genome kelapa sawit untuk meningkatkan kecekapan amalan penanaman dan pengeluaran produk, kata Timbalan Perdana Menteri. Dato Sri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, hasil kolaborasi penyelidikan menemui kejayaan sainstifik termasuk nutrisi makanan dalam industri makanan, perubatan dan industri tambahan kesihatan makanan […]