KOTA SAMARAHAN: Sarawak akan menggunakan perkhidmatan kargo udara bagi menghantar hasil pertaniannya ke hab utama iaitu Singapura. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kaedah ini akan mempercepatkan proses pengangkutan dan membuka lebih banyak peluang kepada petani Sarawak memasarkan hasil mereka ke pasaran antarabangsa. Justeru, beliau meminta Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak […]
Graduan Sarawak Skills, Kolej Universiti i-CATS penuhi keperluan industri
KUCHING: Premier Sarawak menzahirkan rasa gembira dengan penubuhan fakulti aeroangkasa di Kolej Universiti i-CATS iaitu fakulti dan program yang pertama di Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau juga mencadangkan Kampus CENTEX di Lundu diguna pakai oleh universiti terbabit bagi menjalankan program tersebut. Justeru, anak Sarawak harus mengambil peluang ini untuk […]
Pandangan ahli Parti PBB bantu majukan pembangunan DUN Tanjong Datu
LUNDU: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) boleh mengemukakan pandangan mengenai pembangunan di kawasan Lundu kepada kerajaan melalui parti terbabit. Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) Tanjong Datu, Azizul Annuar Pehin Sri berkata, mereka boleh menyampaikan pandangan melalui Ketua Cawangan. ‘Dengan menjadi ahli parti banyak sumbangan dapat diberikan dengan memberi sokongan dan pandangan kepada ketua […]
UNIMAS sediakan pelbagai bantuan pelajar kurang berkemampuan
KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) komited menyediakan bantuan kepada pelajar universiti itu dari golongan B40 dan kurang berkemampuan. Antaranya Program SULUNG, Bantuan Care4U, Bantuan Pendidikan, Food@Campus, Lemari Madani, Bantuan Care4OKU dan Bantuan Medicare Aid. Menurut kenyataan UNIMAS, Program SULUNG memastikan pelajar yang layak dijamin penginapan di asrama sepanjang tempoh pengajian, manakala pelajar cemerlang dengan […]
PETRONAS sahkan tidak ambil tindakan terhadap Sarawak, PETROS
KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) mengesahkan tiada sebarang tindakan undang-undang terhadap Kerajaan Sarawak dan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) berhubung isu pengagihan gas asli di negeri itu. Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga pihak pada Selasa, Kerajaan Sarawak, PETRONAS dan PETROS menyatakan bahawa mereka menghormati serta mematuhi undang-undang Persekutuan dan Negeri berkaitan isu tersebut. […]
Mangsa kebakaran Kampung Hilir ditawar rumah pangsa Rantau Panjang
SIBU: Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapaee mengadakan perjumpaan dengan Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa kebakaran Kampung Hilir. Perjumpaan itu diadakan di Suaru Darul Saadah dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Maawa, malam tadi. Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, kira-kira RM35,000 akan diagih kepada semua […]
Pangkalan Bekalan Minyak dan Gas jadi daya tarikan pelabur
BINTULU: Kewujudan Pangkalan Bekalan Minyak dan Gas Borneo di Pelabuhan Bintulu di sini akan menjadi daya tarikan kepada pelabur dari Jepun dan Korea, kata Premier Sarawak. Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pelaburan dari Jepun dan Korea berkaitan hidrogen di negeri ini akan memacu Bintulu dalam industri tersebut bahkan di seluruh rantai […]
Pensijilan ISO 29001 wajib bagi syarikat gas mulai tahun 2026
KUCHING: Mulai tahun 2026 semua syarikat yang terlibat dalam industri gas di Sarawak diwajib mendapat Pensijilan ISO 29001, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi. Beliau berkata, dokumen itu bertujuan memastikan keselamatan dan pengurusan risiko dalam industri tersebut mematuhi piawaian antarabangsa. “Pensijilan itu akan menjadi syarat wajib semasa pembaharuan dan permohonan lesen yang […]
Para SUKMA XXI 2024 platform Sarawak anjurkan Sukan SEA 2027
KUCHING: Penganjuran Para SUKMA XXI 2024 akan memberikan kepakaran kepada Sarawak menganjurkan temasya Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini juga menyediakan peluang kepada Sarawak membuat persiapan menjadi penganjur bersama temasya sukan terbabit pada 2027. “Apabila kita sudah mempunyai kepakaran, maka ini peluang untuk kita […]
Para SUKMA: Sarawak sediakan perkhidmatan terbaik, cemerlang
KUCHING: Temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) merupakan platform dalam melahirkan atlet-atlet hebat yang mengharumkan nama negara. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keberkesanan itu jelas terbukti apabila 19 daripada 30 orang atlet dari kontinjen Malaysia yang mewakili Paralimpik Paris 2024 baru-baru ini lahir daripada Para SUKMA lalu. “Sarawak sudah pastinya berbangga dengan Bonnie Bunyau […]
