KUCHING: Kesemua 28 atlet para renang kini bersedia untuk menghadapi cabaran sasaran mengutip 15 pingat emas acara akuatik renang Para Sukan Malaysia (SUKMA) XXl 2024 yang akan berlangsung mulai 22 hingga 28 September ini. Penolong Chef De Mission Para SUKMA XXl Sarawak, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, daripada 28 atlet terbabit, 26 merupakan atlet lelaki […]
Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup Petronas dirasmi 13 September ini
KUCHING: Sebanyak 56 pasukan mewakili Bahagian Kuching, Kota Samaharan dan Sri Aman akan menyertai Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup Petronas 2024 mulai Sabtu ini hingga 16 November depan. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kesemua pasukan mewakili 23 akademi bola sepak dan sekolah di tiga bahagian […]
Sarawak-Singapura perkukuh kerjasama
KUCHING: Kerjasama dua hala antara Sarawak dan Singapura akan terus diperkukuh melalui pelbagai inisiatif khususnya dalam bidang tenaga dan peluang perniagaan. Menteri Tenaga Kerja Singapura, Dr Tan Lee Seng, berkata Kerajaan Singapura sentiasa bersedia untuk memperluas kerjasama yang lebih matang dan komprehensif bagi mengukuhkan ekonomi kedua-dua pihak. Katanya, Singapura berharap untuk mempertingkatkan hubungan bersama Sarawak […]
Jualan Rahmah meriahkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang
MATU: Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang anjuran Pejabat Penerangan Daerah Matu berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Tian, Matu, pagi tadi. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka yang singgah di Dewan Masyarakat Matu dalam rangka kempen mengibar Jalur Gemilang. Pada masa sama, Program Jualan Rahmah diadakan di Tapak Pasar Tani, Matu […]
Pemenang Pingat Para SUKMA Sarawak bakal terima insentif
KUCHING: Atlet Sarawak yang memenangi pingat dalam temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 bakal menerima jumlah insentif yang sama diberi kepada pemenang SUKMA. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengumumkan insentif sebanyak RM15,000 kepada pemenang pingat emas, […]
Dua unit pertama ART tiba di Kuching akhir 2024
YIBIN, China: Dua unit kenderaan Aliran Transit Automasi (ART) yang dijana menggunakan hidrogen dan selesai menjalani prapentauliahan akan dihantar ke Kuching menjelang akhir tahun 2024. Menteri Pengangkutan Sarawak (MOTS), Dato Sri Lee Kim Shin menyempurnakan majlis prapentauliahan dan pemeriksaan fisikal ke atas dua unit ART itu di kemudahan pembuatan CRRC Yibin, Wilayah Sichuan China semalam. […]
Sistem perparitan Kampung Tengah akan diselenggara
BINTULU: Projek penyelenggaraan sistem perparitan Kampung Tengah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di sini akan dimasukkan dalam Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2025. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, ini setelah keperluan mendesak dikenalpasti untuk penyelenggaraan sistem perparitan kampung terbabit. “Masalah perparitan yang tidak terurus menyebabkan banjir kilat, dan projek […]
Mukah tuan rumah Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1446/2024M
MUKAH: Bahagian Mukah akan menjadi tuan rumah Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sarawak Tahun 1446/2024M yang akan berlangsung mulai 16 hingga 17 September ini. Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, sambutan itu merupakan acara rasmi Kerajaan Sarawak yang diadakan setiap tahun. “Objektif bertujuan mengingati kembali peristiwa kelahiran Rasulullah SAW, […]
Sarawak laksana inisiatif ekonomi hijau, pelihara alam sekitar
SINGAPURA: Inisiatif Ekonomi Hijau yang dilaksana Sarawak sebagai menyahut cabaran berikutan perubahan iklim dan pentingnya membangunkan hutan dan tanah secara mampan dan melindungi alam sekitar. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, membangunkan sumber semula jadi dengan industri seperti tenaga diperbaharui, ekopelancongan dan pertanian mampan hendaklah selari dengan kelestarian pembangunan. “Sarawak […]
Peraturan Majlis Mesyuarat Persidangan Parlimen, DUN perlu dipinda
KUCHING: Peraturan Majlis Mesyuarat bagi Persidangan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) perlu dipinda mengikut kesesuaian masa terkini terutamanya dalam menghadapi ledakan era media sosial. Menurut Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar, kebanyakan peruntukan dalam Peraturan Majlis Mesyuarat tidak meliputi fenomena baharu termasuk media sosial. Ujarnya, perkara-perkara […]
