KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi berkenan menghadiri majlis resepsi anak kepada Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh dan isteri, Datin Asiah Awai yang berlangsung meriah di Kuching malam tadi. Pasangan mempelai, […]
Sarawak terajui rangkaian tenaga ASEAN
LONDON: Sarawak sedia memainkan peranan penting membentuk rangkaian tenaga serantau ASEAN menerusi sambungan bekalan kuasa ke Brunei, Sabah dan Kalimantan selain meneroka potensi sambungan ke Selatan Filipina. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, selain memiliki lebihan bekalan tenaga, Sarawak juga memiliki pegangan 35 peratus dalam usaha sama tenaga di Indonesia. […]
Projek infra persekutuan, negeri sedang dilaksana, RM60 bilion diperuntuk
SPAOH: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak sedang dalam proses melaksanakan kira-kira RM60 bilion projek infrastruktur persekutuan dan negeri. Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, daripada jumlah itu, Sarawak bersedia melaksanakan sekurang-kurangnya RM36 bilion. “Ini termasuk Jalan Utama Kedua, Jalan Pesisir dan 16 jambatan utama. “Kami mempunyai projek jalan raya itu di sembilan […]
Premier Sarawak berjumpa dengan Presiden, Naib Canselor LSE
LONDON: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama delegasi kerajaan negeri mengadakan pertemuan bersama Presiden dan Naib Canselor London School of Economics and Political Science (LSE), Larry Kramer di sini. Pertemuan itu bagi membincangkan peluang kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak. Pertemuan pada Khamis waktu tempatan merupakan peluang strategik untuk menjalin […]
Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 dilancar hujung Mei ini
LONDON: Pelan Induk Kelestarian Sarawak 2030 akan dilancar Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada penghujung Mei ini. Ia merupakan pelan strategik bagi peralihan Sarawak ke arah ekonomi hijau yang merangkumi 10 teras strategik, 48 strategi dan 111 pelan tindakan dengan sasaran untuk mencapai kapasiti tenaga boleh diperbaharui sebanyak 10 gigawatt […]
Sarawak pelajari bantuan JHEWA Sabah
KUCHING: Rombongan Sarawak mengadakan lawatan penandaarasan ke Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah di Kota Kinabalu pada 29 hingga 30 April lalu. JHEWA Sabah di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah mengetuai rombongan tersebut. Objektif lawatan bagi mempelajari dan menambah pengetahuan […]
Perkukuhkan hak pekerja, Sarawak laksana pindaan Ordinan Buruh Sarawak
KUCHING: Sarawak akan melaksanakan pindaan Ordinan Buruh Sarawak (SLO) bermula 1 Mei 2025, sebagai langkah memperkukuh hak pekerja dan menyelaraskannya dengan Akta Kerja 1955 serta standard antarabangsa. Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala berkata, pindaan ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan keadilan dan amalan kerja yang […]
Peruntukan RM4.6 bilion tingkatkan bekalan air luar bandar Sarawak
PADAWAN: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM4 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan tambahan RM600 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi berkata, ini untuk memperkukuh sistem bekalan air di negeri ini. Katanya, peruntukan besar itu bagi menangani segera isu bekalan air bersih di luar bandar, memandangkan […]
Sarawak laksanakan penilaian program DLP mulai Oktober depan
LONDON: Kerajaan Sarawak akan mula melaksanakan penilaian standard bagi Program Dwibahasa (DLP) khususnya untuk murid Tahun 6 bermula Oktober 2025. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penilaian itu diselaraskan mengikut piawaian antarabangsa oleh Cambridge University Press and Assessment (CUP&A). Menurutnya, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi kebenaran kepada Kerajaan Sarawak menerusi […]
