Month: May 2025

PPWS berjaya lahirkan wanita berdikari – Nancy

KUALA LUMPUR: Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) membuktikan keupayaan luar biasa dalam memperkasakan wanita di Sarawak sejak penubuhannya pada 1962. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, ini khususnya melalui pelbagai program latihan, kepimpinan dan keusahawanan yang menyasarkan wanita pelbagai peringkat usia dan latar belakang, termasuk dari kawasan luar bandar. “Melalui […]

Rundingan isu Petronas-Petros sedang berjalan, libatkan pelbagai pihak

KUCHING: Penyelesaian rundingan antara Petroleum Nasional Bhd (Petronas) dengan Petrolium Sarawak Bhd (Petros) berhubung minyak dan gas sedang berjalan dan perlu dicapai secara menang-menang. Timbalan Perdana Menteri, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, dalam mencari penyelesaian rundingan itu, Premier Sarawak lebih kepada mencari kaedah menang-menang dan bukannya dalam kerangka lingkungan perlembagaan. “Semua penyelesaian rundingan itu melibatkan […]

Premier Sarawak saksikan majlis menandatangani perjanjian usaha sama AIROD & SATYS

TOULOUSE: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha Sama di antara AIROD dan SATYS di Courtyard Marriott di sini pada petang semalam waktu tempatan. Majlis ini dimuktamadkan dengan upacara pertukaran dokumen rasmi antara Datuk Firhad Uzir Abdul Rahim bagi pihak AIROD dan Christopher Cador selaku Ketua Pegawai […]

Lima teras utama MBHT mampu bersaing, pelihara warisan Melayu

KUCHING: Persaudaraan Masjid, Bintangor dan Haji Taha Kuching (MBHT) diyakini mampu memperkasakan lima teras utama dalam usaha mengukuhkan pentadbiran serta peranannya sebagai organisasi komuniti yang relevan dan berdaya saing. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) serta Ahli Parlimen Petra Jaya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, lima teras tersebut merangkumi budaya, […]

Sarawak guna pendekatan ‘menang-menang’ selesaikan isu dengan Petronas

LONDON: Kerajaan Sarawak sedia kembali ke meja rundingan dan menggunakan pendekatan ‘menang-menang’ bagi menyelesaikan kemelut melibatkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam industri minyak dan gas. Perkara itu didedahkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam (waktu tempatan) bagi mencari […]

Program LBAS 2025 Edisi UK lakar sejarah tersendiri

LONDON: Program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) 2025 United Kingdom Edition yang julung kali dianjurkan di luar negara mencipta sejarah tersendiri apabila menerima sambutan hangat daripada kira-kira 230 pelajar Sarawak yang sedang melanjutkan pengajian di United Kingdom, Perancis dan Jerman. Program diadakan hari ini waktu tempatan itu merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak ini bertujuan merapatkan hubungan […]

Pemergian James Ritchie kehilangan besar dalam dunia kewartawanan – TYT

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafarmenyifatkan pemergian penulis dan wartawan veteran, James Ritchie sebagai satu kehilangan yang amat besar dalam dunia kewartawanan. Dalam satu kenyataan dikeluarkan Astana Negeri Sarawak hari ini, beliau serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd. Sanusi mengucapkan takziah dan simpati kepada keluarga mendiang […]

Mini PKD Mobile di rumah panjang, kampung terpencil

KOTA SAMARAHAN: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bercadang memperkenalkan Mini Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile di rumah panjang atau perkampungan terpencil. Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, ini melihat sambutan positif sebanyak 23,714 program PKD Mobile yang memanfaatkan kira-kira 648,502 orang penduduk luar bandar negara ini sejak 2021. “Maka, tahun […]

KPWK cadang tubuh bahagian khas perkasa sukan OKU

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK) bercadang menubuhkan bahagian khas di bawah kementerian itu yang memberi tumpuan kepada pembangunan bakat Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam pelbagai bidang, khususnya sukan. Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, penubuhan bahagian itu merupakan usaha untuk memperkasa potensi komuniti OKU melalui pendekatan lebih sistematik dan menyeluruh. Menurutnya, […]