Month: May 2025

Sarawak, Ardian bincang industri semikonduktor

PARIS: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang mengetuai rombongan dari Sarawak, mengadakan sesi perbincangan yang produktif dengan Ardian iaitu sebuah syarikat pelaburan swasta terkemuka dunia. Perbincangan itu untuk memajukan industri semikonduktor dan inisiatif hidrogen hijau di Sarawak. Dalam perbincangan dengan Ardian Hy24 dan pasukan semikonduktor itu, rombongan dari Sarawak bercakap mengenai […]

Sarawak contohi Australia bangunkan Pusat Prestasi Tinggi Sukan

SYDNEY: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama delegasi Kerajaan Sarawak melakukan lawatan ke Pusat Prestasi Tinggi di Australia. Lawatan itu bagi mempelajari teknologi, metodologi serta kemudahan latihan yang digunakan untuk melatih atlet elit negara berkenaan. Ia juga untuk menggiatkan usaha projek penubuhan Pusat Prestasi Tinggi Sarawak yang […]

Kerjasama i-CATS, pemain industri TVET pacu inisiatif pendidikan percuma Sarawak

KUCHING: Sarawak kini semakin agresif memperjuangkan hak autonomi pendidikan wilayah ini seperti termaktub dalam Perjanjian Malaysia (MA63). Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata, ini termasuk meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris dan sistem pendidikan semasa yang tidak boleh diganggu sama sekali. “Ini (MA63) merupakan dokumen yang sangat kukuh dan kami sedang […]

Abang Johari teruskan lawatan ke Abu Dhabi

ABU DHABI: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meneruskan siri lawatan rasmi ke luar negara di Abu Dhabi. Beliau bersama delegasi Kerajaan Sarawak tiba sekitar jam 9 malam waktu tempatan, pada Selasa. Mengiringi rombongan Premier Sarawak ialah Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim […]

Sarawak, Airbus jalin kerjasama strategik sebagai hab aeroangkasa Asia Pasifik

TOULOUSE: Kerajaan Sarawak mengorak langkah dalam usaha membangunkan industri aeroangkasa negeri itu menerusi kerjasama strategik bersama syarikat penerbangan terkemuka dunia, Airbus. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, hasil lawatan rasmi ke ibu pejabat Airbus membuka ruang kepada enam bidang utama yang dipersetujui untuk diteroka bersama ke arah menjadikan Sarawak sebagai […]

Kumpulan Gelinang Seni Warisan Kpg Rajang serikan majlis keramaian

TANJUNG MANIS: Mungkin generasi sekarang kurang mengenali lebih mendalam alat muzik tradisional yang dikenali gelinang. Secara tradisi, alat muzik gelinang diguna untuk menyambut tetamu pada majlis keramaian dan perkahwinan untuk memeriahkan sesuatu majlis. Malah, bunyi gelinang menjadi hiburan tat kala sunyi. Alat muzik ini dimainkan bukan dengan nota bertulis atau latihan rasmi, tetapi dengan rasa, […]

Akaun EFS: 139,925 anak Sarawak dapat manfaat

KUCHING: Seramai 139,925 anak Sarawak yang dilahir dari 1 Januari 2019 hingga 31 Mac 2025 memiliki akaun Endowment Fund (EFS) dengan jumlah peruntukan RM139 juta daripada Kerajaan Sarawak. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, bagi tahun 2024, jumlah kelahiran (status ‘K’) adalah seramai 29,413 dengan permohonan EFS diterima 21,221 […]

Promosikan Pasar Gawai Dayak di media sosial

BINTULU: Komuniti Dayak perlu lebih agresif mengunakan media sosial bagi mempromosi acara Pasar Gawai Dayak anjuran mereka. Ahli Dewan Negara, Senator Rita Sarimah Patrick Insol berkata media sosial terbabit seperti Facebook dan TikTok yang boleh menjadi alat promosi. “Ini penting agar masyarakat umum tahu dan hadir memberi sokongan,”katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pasar […]

Agih pelaburan AWS ke Sarawak

KUCHING: Pengagihan sebahagian daripada jumlah pelaburan RM29.2 bilion Amazon.com Inc – Amazon Web Services (AWS) ke Sarawak akan mempercepatkan transformasi digital negeri ini menjelang 2030. Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, pelaburan AWS bernilai RM29.2 bilion di Malaysia sehingga 2038, wajar diagihkan ke Sarawak. Ini disebabkan Sarawak hampir menyamai keluasan Semenanjung Malaysia, […]

Pesta Pantai Kampung Nelayan Batu Mandi berupaya tarik pelancong

BINTULU: Pesta Pantai Kampung Nelayan Batu Mandi mampu menjadi pemangkin pertumbuhan sektor pelancongan di Similajau. Pesta terbabit julung kali dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Nelayan Batu Mandi dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Adventure Borneo dan disokong Pejabat Residen Bahagian Bintulu dan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA). Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak […]