Promosikan Pasar Gawai Dayak di media sosial

BINTULU: Komuniti Dayak perlu lebih agresif mengunakan media sosial bagi mempromosi acara Pasar Gawai Dayak anjuran mereka.

Ahli Dewan Negara, Senator Rita Sarimah Patrick Insol berkata media sosial terbabit seperti Facebook dan TikTok yang boleh menjadi alat promosi.

“Ini penting agar masyarakat umum tahu dan hadir memberi sokongan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pasar Gawai Dayak Bintulu 2025 anjuran gabungan 15 persatuan Dayak di Dewan Suarah Bintulu, di sini, pada Sabtu.

Rita juga mengumumkan sumbangan sebanyak RM15,000 pada Jawatankuasa Pengelola Pasar Gawai Dayak Bintulu 2025 yang bermula dari 1 hingga 23 Mei ini.