TOULOUSE: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usaha Sama di antara AIROD dan SATYS di Courtyard Marriott di sini pada petang semalam waktu tempatan.
Majlis ini dimuktamadkan dengan upacara pertukaran dokumen rasmi antara Datuk Firhad Uzir Abdul Rahim bagi pihak AIROD dan Christopher Cador selaku Ketua Pegawai Eksekutif SATYS.
Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan pegawai kanan kerajaan negeri.
Perjanjian ini dijangka mewujudkan sinergi kukuh melalui gabungan amalan terbaik global dan kepakaran tempatan mendalam.
Usaha sama ini akan merangsang pertumbuhan, memacu kemajuan teknologi serta membuka peluang baharu dalam ekosistem aeroangkasa Malaysia, khususnya menyokong aspirasi Sarawak dalam sektor ini.
AIROD merupakan organisasi penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) aeroangkasa terulung Malaysia.
Manakala SATYS adalah syarikat Perancis yang terkenal dengan kepakaran dalam bidang mengecat dan pengedapan pesawat.-EDISI UKAS
