Month: October 2025

Pucuk pimpinan Sarawak berusaha bantu tingkatkan pendidikan anak-anak

KUCHING: Kerajaan Sarawak adalah seperti keluarga besar yang sentiasa berusaha memastikan anak-anak Sarawak mendapat pendidikan terbaik, kata Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak. Datuk Fazzrudin Abdul Rahman berkata, seperti ibu dan bapa yang bekerja keras untuk kebaikan anak-anak, Kerajaan Sarawak juga berusaha bersungguh-sungguh mencari dana untuk dikembalikan kepada rakyat melalui pelbagai insiatif seperti pendidikan dan kebajikan. […]

Pembinaan jambatan rangsang ekonomi kawasan pesisir

KUCHING: Kawasan pesisir dan luar bandar Sarawak bakal mengalami gelombang pertumbuhan ekonomi pesat sebaik keseluruhan 20 jambatan utama di seluruh negeri ini siap sepenuhnya pada 2028. Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pelaksanaan projek tersebut merupakan kesinambungan kepada jaringan jalan utama, jambatan dan projek Pan Borneo. “Menjelang tahun 2026 hingga […]

Surau SK Haji Junid bakal dilengkapi kemudahan ibadah selesa

KABONG: Pelaksanaan surau di Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Junid, Gerigat, bakal direalisasikan dengan peruntukan sebanyak RM250,000 menerusi Program Transformasi Luar Bandar (RTP). Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir, berkata projek berkenaan dibincangkan dalam Sesi Libat Urus RTP bersama pihak sekolah dan agensi pelaksana bagi memastikan ia dilaksana mengikut jadual. Katanya, pembinaan […]

Sarawak, Sabah berpotensi hab tenaga hijau rantau ASEAN

KUALA LUMPUR: Sarawak dan Sabah berpotensi menjadi hab tenaga hijau utama di rantau ASEAN menerusi pembangunan projek tenaga boleh diperbaharui seperti hidro di Sarawak serta solar hibrid di Sabah. Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof berkata, projek hidro di Sarawak, solar hibrid di Sabah, serta usaha eksport tenaga boleh diperbaharui ke negara jiran akan […]

Graduan GiatMara Sarawak ramai bekerja dengan syarikat besar

KUCHING: GiatMara melahirkan ramai graduan tenaga mahir teknikal yang diserapkan bekerja dengan syarikat besar atau menjadi usahawan di Sarawak. Ahli Lembaga Pengarah GiatMara, Che Rahim Daud berkata, antaranya pelatih bidang Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam yang berjaya diserap ke syarikat besar seperti Sarawak Energy Berhad. Beliau turut menegaskan kadar kebolehpasaran graduan GiatMara kini mencapai 99.49 […]

Daftar Kad Emas Kenyalang guna platform SarawakPass

KUCHING: Dasar Penjagaan Warga Emas akan disepadukan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) di bawah khidmat sosial, kesihatan, inovasi dan pembangunan sumber manusia. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, dasar itu adalah untuk merealisasikan wawasan Premier Sarawak melahirkan warga emas yang berdaya tahan, penuh kasih sayang dan Sarawak yang mampan […]

Rombongan Setiausaha Kerajaan Sarawak tinjau kebajikan penuntut, asrama kenyalang

KAHERAH, Mesir: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki merangkap Timbalan Pengerusi Yayasan Sarawak mengetuai lawatan kerja Yayasan Sarawak dan Majlis Islam Sarawak (MIS) ke Mesir bagi meninjau kebajikan penuntut Sarawak serta memperkukuh jaringan kerjasama dengan Kedutaan Malaysia di Mesir. Lawatan kerja rasmi mulai 27 hingga 30 Oktober itu merangkumi tinjauan ke Asrama […]

Pembangunan infrastruktur Sichuan contoh terbaik

CHENGDU (China): Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mengetuai rombongan dari Sarawak mengadakan lawatan kerja rasmi ke Chengdu, China, hari ini menghadiri taklimat di pejabat Jabatan Pengangkutan Wilayah Sichuan. Taklimat disampaikan Timbalan Pengurus Besar Jabatan Pengangkutan Wilayah Sichuan, Wang Maokui dan pengarah beberapa bahagian kejuruteraannya. Dalam satu kenyataan di sini, Uggah menzahirkan […]

Sarawak tubuh Pusat Kajian Universiti Teknologi Swinburne

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan tapak seluas 15 ekar bagi pembangunan pusat kajian Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, dalam usaha menjadikan wilayah ini hab penyelidikan tenaga boleh diperbaharui dan teknologi tinggi. Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan pusat ini bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang mampu memproses sumber-sumber Sarawak […]