LAWAS: Seramai 20 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas berlepas ke Sabah hari ini bagi melaksanakan tugas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17. Kontinjen tersebut terdiri daripada 18 anggota elemen Jaga Saluran dan dua anggota elemen Trafik, diketuai Sjn Nazarudin Suhaili. Majlis pelepasan disempurnakan Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, di Dewan Serbaguna […]
Tapak SPKB Matang Batu 10, Gita dan Sungai Maong lulus
KUCHING: Projek Skim Pembesaran Kampung Bersepadu (SPKB) Matang Batu 10, Gita dan Sungai Maong di sini dijangka menyediakan sebanyak 330 lot kediaman. Timbalan Menteri Pembangunan Bandar dan Sumber Asli Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata bagi pelaksanaan fasa satu yang berkeluasan lebih kurang 11.33 hektar dijangka menyediakan sebanyak 112 lot kediaman. Katanya, tapak tersebut berkeluasan […]
Projek jalan Telang Usan–Mulu dijangka mulai tender 2026
KUCHING: Projek menaik taraf bekas jalan pembalakan di kawasan Telang Usan dan Mulu, Baram, bakal merangkumi jarak lebih kurang 30.21 kilometer (km). Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Ir. Aidel Lariwoo, berkata projek itu juga akan melibatkan pembinaan sembilan jambatan. “Bagi mempercepatkan pelaksanaan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak telah menyusun strategi untuk membahagikan […]
Sarawak sasar tingkatkan infrastruktur elektrik siap 2026–2031
KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM425 juta bagi menaik taraf infrastruktur bekalan elektrik di Lundu, Lubok Antu, Bahagian Betong, Sungai Asap dan Lawas, sekali gus meningkatkan keupayaan sistem tenaga negeri. Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy dan PETROS), Datuk Ibrahim Baki berkata, daripada jumlah itu, RM98 juta diperuntukkan khusus untuk projek di Lundu. ‘’Ia termasuk pembinaan Talian […]
Sarawak pastikan kebajikan warga emas terjaga
KUCHING: Sarawak terus memperkukuh perlindungan sosial untuk warga emas sejajar dengan perubahan demografi negeri yang semakin menua. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Rosey Yunus, berkata kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) menyediakan pelbagai bantuan dan program bagi memastikan kebajikan warga emas terpelihara. Antaranya, Bantuan Warga Emas (BWE) yang memberikan RM600 […]
Legasi Juma’ani diabadikan dalam buku Songket–Keringkam
KUCHING: Usaha Allahyarhamah Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang dalam memartabatkan seni songket dan keringkam terus diperkasakan dengan pelancaran buku The Revival of Sarawak Songket and Keringkam: Honouring Datuk Amar Juma’ani hari ini. Buku tersebut kemudian disampaikan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan […]
ADUN Daro mahukan penjelasan status projek SK Penasu
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Dr Safiee Ahmad memohon agar pihak kementerian berkenaan khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR) memberikan pencerahan status Projek Perpindahan dan Pembinaan Semula Sekolah Kebangsaan (SK) Penasu, Daro. Menurutnya, rojek tersebut yang dikategorikan projek sakit merupakan Projek Rakyat YAB Premier yang sepatutnya siap sepenuhnya pada 21 September 2025 setelah diberikan […]
Sarawak pacu mobiliti rendah karbon, cukai jalan EV turun 85% 2026
KUCHING: Sarawak memperkukuh komitmennya dalam membangunkan ekosistem mobiliti rendah karbon menerusi pelaksanaan dasar menyeluruh. Ini merangkumi penggunaan kenderaan elektrik (EV), kenderaan sel bahan api hidrogen (FCEV) dan teknologi hibrid. Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Dr. Hazland Abang Hipni berkata, penggunaan EV, FCEV dan hibrid ketika ini masih tertakluk kepada Dasar Automotif Nasional […]
Hadiah Krismas, Jambatan Sebauh dibuka pada umum 6 Disember ini
KUCHING: Jambatan Sebauh di Bintulu akan dibuka kepada orang ramai pada 6 Disember ini, sekali gus dianggap sebagai hadiah Krismas bagi komuniti Sebauh dan kawasan sekitarnya. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata pembukaan jambatan itu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat dengan memudahkan pergerakan harian, memendekkan masa perjalanan, serta menyokong aktiviti […]
Kekurangan doktor diatasi, Sarawak teliti penubuhan fakulti perubatan, kejuruteraan
KUCHING: Kerajaan Sarawak kini memberi perhatian serius terhadap cadangan menubuhkan Fakulti Perubatan dan Kejururawatan di universiti milik kerajaan negeri sebagai langkah strategik untuk meningkatkan bilangan doktor dan jururawat tempatan pada masa hadapan. Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapae’e berkata, kajian kebolehlaksanaan sedang dijalankan berikutan kekurangan 1,871 doktor, 246 pakar […]
