BINTULU: Profesion Pembantu Perubatan (PPP) adalah penghubung utama antara sistem kesihatan dengan masyarakat, kata Timbalan Menteri Keshatan, Datuk Hanifah Hajar Taib. Justeru beliau menggesa, PPP supaya bergerak seiring dengan era kemajuan teknologi dan transformasi landskap kesihatan global. Era kemajuan teknologi itu merangkumi inovasi digital, amalan klinikal terkini, serta pendekatan rawatan yang lebih holistik dan berpusatkan […]
Lapan kanak-kanak disyaki tibi ditempatkan pusat perlindungan sementara
KUCHING: Lapan kanak-kanak yang disyaki dijangkiti penyakit tibi akan ditempatkan di pusat perlindungan sementara selepas dibenarkan keluar dari Hospital Umum Sarawak (HUS) dijangka pada penghujung bulan ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Nancy Shukri berkata, kesemua kanak-kanak berkenaan kini masih menerima rawatan dan pemantauan rapi di wad kanak-kanak hospital tersebut. “Tempoh pemerhatian […]
Program pelanggan Baitulmal bantu tambah baik perkhidmatan
DARO: Hari Bersama Pelanggan Tabung Baitulmal Sarawak menjadi medan penting dalam memperkukuh kepercayaan masyarakat menerusi komunikasi yang lebih telus, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad. Selain itu katanya, meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar. Beliau berkata, program itu turut membuka ruang kepada masyarakat untuk menyuarakan pandangan dan maklum balas secara […]
Program Robotik 101 dedah teknologi robotik di sekolah Parlimen Igan
MATU: Sembilan sekolah menyertai Program Robotik 101: Mudah Untuk Semua di Sekolah Kebangsaan (SK) Bruan Mapal, Matu, di sini, hari ini. Sekolah terbabit di bawah Zon Tanjung Jol iaitu SK Bawang Tian, SK Pergau, SK Orang Kaya Sergunim, SK Sekaan Kechil, SK Kuala Matu, SJK Chung Hua Matu, SK Orang Kaya Selair serta SK Bruan […]
Sarawakku Sayang dekati rakyat, perkukuhkan perkhidmatan kerajaan
LIMBANG: Limbang dipilih sebagai lokasi pertama daripada 12 Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 anjuran Kerajaan Sarawak. Unit Pemantauan Pelaksanaan Sarawak (SIMU), Jabatan Premier Sarawak dalam kenyataannya berkata, program itu merupakan inisiatif berterusan Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh pendekatan turun padang bagi mendekati rakyat serta memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan dapat dilaksanakan secara lebih cekap, menyeluruh dan berkesan […]
Kerajaan Sarawak salurkan geran pada persatuan belia, sukan
KUCHING: Kerajaan Sarawak memperkukuhkan pembangunan belia dan sukan negeri menerusi penyaluran geran berjumlah RM1.93 juta kepada pelbagai persatuan tahun ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, inisiatif itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memajukan ekosistem sukan negeri. Menurutnya, geran tersebut bukan sekadar bantuan kewangan, sebaliknya tanda […]
Minyak mentah Sarawak bernilai tinggi, sesuai industri berteknologi tinggi
KUCHING: Nilai komersial minyak mentah Malaysia, khususnya dari Sarawak, berpotensi dipertingkatkan apabila dimanfaatkan dalam sektor bernilai tinggi berbanding penggunaan domestik konvensional. Pendekatan ini bukan sahaja memperkukuh daya saing industri, malah mampu menjana pulangan ekonomi yang lebih mampan dan strategik kepada negeri serta negara. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia […]
Abang Johari dilantik penaung Pertubuhan Keturunan dan Waris Pengiran Sarawak
KUCHING: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dilantik sebagai penaung bagi Pertubuhan Keturunan dan Waris Pengiran Sarawak (PKWPS). Presiden PKWPS, Dr. Awang Nib Zuhairi Awang Ahmad berkata pihaknya gembira dengan persetujuan Premier Sarawak untuk memegang peranan tersebut. “Kami amat gembira apabila Yang Amat Berhormat Premier Sarawak bersetuju menjadi penaung kepada pertubuhan […]
SSWF perluas portfolio pelaburan masa depan
KUCHING: Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak (SSWF) dijangka terus berkembang secara berperingkat dengan tumpuan kepada kepelbagaian portfolio pelaburan, selaras dengan strategi jangka panjang serta tahap toleransi risiko yang ditetapkan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, dana berkenaan menunjukkan perkembangan positif apabila melangkah ke fasa pelaksanaan pelaburan pada 2025. Menurut beliau, […]
Ops Tiris 4.0 langkah proaktif kekang harga, ketirisan subsidi
KUCHING: Penubuhan Pasukan Khas Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) bagi Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sarawak dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan menangani ketirisan subsidi serta mengawal kenaikan harga barang. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, tekanan kenaikan harga ketika ini berpunca daripada peningkatan kos minyak yang memberi […]
