Month: June 2026

Dua projek sekolah siap di Dalat, Daro

DALAT: Kerajaan memperkukuhkan pembangunan pendidikan di Sarawak menerusi penyiapan dua projek sekolah baharu bernilai RM37.74 juta di Dalat dan Daro. Kemudahan itu dijangka memberi manfaat kepada ribuan pelajar menerusi penyediaan kemudahan pembelajaran moden, selamat dan lebih kondusif. Menteri Kerja Raya Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, kedua-dua projek itu melibatkan pembinaan bangunan gantian 18 bilik […]

Projek Jambatan Bandar Lawas siap September tahun ini

LAWAS: Projek Jambatan Bandar Lawas kini mencatat kemajuan fizikal sebanyak 97.27 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada September tahun ini. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, projek tersebut menjadi pemangkin kepada pembangunan serta pertumbuhan ekonomi di kawasan seberang bandar Lawas. Katanya, beberapa kerja tambahan sedang dilaksanakan bagi memperindah dan menambah baik […]

SCaT 2026 berjaya lepasi sasaran 25,000 pengunjung

KUCHING: Pameran Kerjaya dan Latihan Sarawak (SCaT) 2026 berjaya mencatatkan kehadiran seramai 27,698 pengunjung bermula semalam sehingga setakat jam 12 tengah hari ini. Ini melepasi sasaran Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) yang mensasarkan seramai 25,000 pengunjung ke pameran terbabit tahun ini. Seramai 14,478 pengunjung dicatatkan pada hari pertama pameran itu semalam manakala seramai 13,220 […]

Dart, menyumpit platform perpaduan dan promosi Daro

DARO: Kejohanan yang mengabungkan sukan dart dan menyumpit berjaya menarik penyertaan dari seluruh Sarawak dan Indonesia, sekali gus memperkukuhkan perpaduan masyarakat dan mempromosi daerah Daro. Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi berkata, penganjuran Cabaran Penamat Double Dart Sarawak dan Pertandingan Menyumpit Berpasukan Terbuka Sarawak Piala YB Ahmad Johnie merupakan inisiatif unik dalam memartabatkan budaya tempatan […]

SMK Saribas juarai perarakan Gawai Dayak Bahagian Betong

BETONG: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saribas mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Perarakan Gawai Dayak Peringkat Bahagian Betong 2026 di Dewan Panglima Rentap Betong, semalam. Kemenangan itu membolehkan SMK Saribas membawa pulang wang tunai RM10,000, Piala Pusingan serta hadiah iringan tajaan PEPSI. Sekolah berkenaan turut meraih Anugerah Kontinjen Pakaian Terbaik dan muncul Johan Kategori […]

Kampung Trombol terima peruntukan pembangunan RM900,000

KUCHING: Kampung Trombol, Telaga Air di sini terus menerima perhatian dari segi pembangunan infrastruktur. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri berkata, sejumlah RM900,000 peruntukan diluluskan. Jelasnya, peruntukan tersebut untuk melaksanakan beberapa projek yang memberi manfaat kepada penduduk serta sektor pelancongan. “Pada 2025, Projek Bina Baharu Jalan Penghubungan Desa (JPD) bernilai RM500,000 […]

UKAS digesa perluaskan Program Randau Komuniti ke peringkat daerah

DARO: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) digesa memperluaskan pelaksanaan Program Randau Komuniti ke peringkat daerah bagi memastikan masyarakat, khususnya di luar bandar, mendapat akses kepada maklumat kerajaan yang tepat dan terkini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro Dr Safiee Ahmad berkata, program itu terbukti berkesan sebagai platform penyampaian maklumat kerajaan secara terus kepada rakyat di […]

Pasar raya LePapa, Hotel Roxy kembangkan perniagaan ke Lawas

LAWAS: Pembukaan pasar raya LePapa dan Hotel Roxy di sini melibatkan pelaburan sektor swasta bernilai RM150 juta akan merancakkan pembangunan daerah itu sekali gus memperkukuhkan kedudukannya sebagai hab ekonomi dan perdagangan di utara Sarawak. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pelaburan berskala besar itu mencerminkan keyakinan tinggi sektor swasta terhadap potensi […]

Industri penjagaan semakin mendapat permintaan, warga emas perlukan bantuan khas

KUCHING: Industri penjagaan kini semakin mendapat perhatian di negara ini apabila sektor tersebut muncul antara bidang pekerjaan berpotensi tinggi, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato Sri Nancy Shukri. Katanya, ia susulan peningkatan permintaan terhadap penjagaan profesional, khususnya bagi warga emas dan individu memerlukan bantuan khas. Beliau berkata, perubahan demografi negara yang menuju ke […]

Sarawak kaji pendekatan ekonomi rentas sempadan – Awang Tengah

LIMBANG: Kerajaan Sarawak sedang meneliti pendekatan pembangunan ekonomi rentas sempadan yang diamalkan di beberapa negara Eropah Timur, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. Beliau berkata, ia sebagai rujukan baharu dalam usaha memperkukuhkan peranan Limbang dan Lawas sebagai kawasan pertumbuhan strategik di utara negeri. Sehubungan itu katanya, satu delegasi negeri akan mengadakan […]