Projek Jambatan Baharu Lawas dijangka siap 2026

LAWAS: Projek pembinaan Jambatan Baharu Lawas kini mencapai kemajuan 62.6 peratus dan dijangka siap suku keempat tahun 2026.

Kemajuan ini didapati ketika Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA), Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan megadakan lawat kerja ke tapak projek terbabit di sini.

Setelah siap jambatan ini bakal memperkukuh rangkaian jalan raya di Wilayah Utara dan mempercepatkan pembangunan setempat.

Di samping itu, jambatan ini juga meningkatkan aksesibiliti bagi merancakkan perdagangan dan pertumbuhan sosioekonomi di Lawas dan sekitarnya.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif RECODA; Datuk Ismawi Ismuni dan Pengarah Wilayah NRDA Datu Ubaidillah Abdul Latip.