PPRMS bantu baiki, bina baharu 673 rumah miskin DUN Bukit Sari

LAWAS: Program Penambahbaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (PPRMS) perlu diberi keutamaan kepada golongan yang benar-benar layak di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Sari.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan keutamaan ini termasuk membaiki atau membina baharu sebanyak 673 rumah rakyat miskin di DUN itu sejak 2018 hingga 2025.

“Bagi keutamaan ( yang benar layak)…senaraikan, kita bincang bersama dan fokus senarai itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian PPRMS kepada seorang balu, Rosliana Mohamad, di Kampung Ladang Baru Lawas, di sini, hari ini.

Awang Tengah berkata, bantuan itu diperkenalkan Gabungan Parti Sarawak (GPS) pimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari .

“Setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada GPS diperuntukkan RM1 juta setahun dan kita buat (PPRMS) secara berfasa,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong, Residen Bahagian Limbang Unus Tambi, Setiausaha-setiausaha politik kepada Premier Sarawak Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa dan Sam Laya.