KUCHING: Sarawak mempunyai seramai 3,477 Orang Kelainan Upaya (OKU) menerima Elaun Pekerja OKU (EPOKU) setakat Oktober 2025.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Nancy Shukri berkata ini melibatkan elaun berjumlah sebanyak RM15.28 juta.
“Elaun RM450 ini sangat membantu golongan OKU berpendapatan rendah,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Disability Equality Training (DET) serta Program Perkhidmatan Job Coach 2025 di Institut Aminuddin Baki Cawangan Sarawak di sini, hari ini
Nancy berkata, Program Perkhidmatan Job Coach pula menjadi jambatan penting supaya OKU dapat memasuki dunia pekerjaan dengan sokongan yang betul.
“Sehingga kini, 976 OKU telah
dibimbing dan bekerja dengan 664 majikan di seluruh negara, satu pencapaian yang wajar kita banggakan,” tambahnya.
