SARIKEI: Pelbagai projek pembangunan pendidikan dan infrastruktur dilaksanakan di Kampung Rajang, dalam kawasan Parlimen Tanjong Manis di sini.
Ahli Parlimen Tanjong Manis, Dato Ir Yusuf Abd Wahab berkata antaranya termasuk kerja-kerja naik taraf fasiliti tempat letak kenderaan SK Abang Galau Rajang bernilai RM100,000 di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) 2023.
Selain itu, kerja-kerja baik pulih bangunan dan naik taraf perkarangan Tabika Kemas Kampung Rajang bernilai RM100,000 melalui PMR 2024.
“Ini serta beberapa projek infrastruktur lain yang bernilai jutaan ringit keseluruhannya selama saya berkhidmat sebagai Ahli Parlimen P206 Tanjong Manis,”katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Malam Reunion Alumni Sekolah Kebangsaan (SK) Abang Galau, Rajang 2025 di Dewan Masyarakat Kampung Rajang di sini.
Majlis turut dihadiri, Pengerusi Persatuan Alumni SK Abang Galau Rajang, Udin Bujang, Penghulu Kampung Rajang, Abu Seman Masri.
