1,400 bekas bubur lambuk, bubur kapur diagih, kongsi rezeki bulan Ramadan

KABONG: Sebanyak 1,400 bekas bubur lambuk dan bubur kapur diagihkan kepada penduduk di sini, sebagai tanda kebersamaan dan semangat berkongsi rezeki sepanjang Ramadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir berkata, program tersebut sebagai medium memperkukuhkan hubungan silaturahim.

Menurut beliau, semangat gotong-royong yang ditunjukkan menjayakan program berkenaan mencerminkan nilai perpaduan yang kukuh dalam komuniti Kabong.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan simbolik Penyerahan Masakan Berasaskan Bubur di Kabong Town Square, petang tadi.

Program berkenaan merupakan hasil kerjasama tiga persatuan iaitu Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Kabong, Kumpulan Belia Nelayan (KUBENA) Kabong dan Urusetia Saudara Kita (USK) Kabong.