Mesyuarat pembangunan negeri bincang agenda pembangunan, keperluan Sarawak

KUCHING: Perkara berkaitan pembangunan Sarawak serta keperluan semasa negeri ini menjadi agenda utama Mesyuarat Pembangunan Negeri yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini hari ini.

Mesyuarat kira-kira sejam itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Ia merupakan sebahagian daripada pendekatan berterusan Perdana Menteri yang turun ke negeri-negeri bagi mengadakan perbincangan secara langsung dengan kepimpinan kerajaan negeri berhubung pelaksanaan pembangunan serta keperluan lain yang melibatkan Sarawak.

Turut hadir semasa mesyuarat tersebut ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr. Sim Kui Hian, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak merangkap Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita , Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Dato Sri Julaihi Narawi, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak) Datuk Ts. Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud dan Ketua Setiausaha Negara , Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Selain itu, ia turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Telekomunikasi) Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak (Utiliti) Datuk Ibrahim Baki, Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak Dato Sri Dr. Wan Lizozman Wan Omar, Peguam Besar Negeri Sarawak Dato Sri Saferi Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi & Pembangunan), Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran) Datu Felicia Tan Ya Hua.

Terdahulu, Anwar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) menggunakan pesawat khas kira-kira jam 1.40 petang sebelum tiba di Kompleks Satria Pertiwi pada jam 2.14 petang bersama rombongan dengan disambut oleh Premier.