KUCHING : Aktiviti bergotong royong seperti memasak bubur lambuk mampu memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak (MSS) Awang Ikman Awang Sepian berkata, akitiviti ini juga dapat menjalin kerjasama erat antara kakitangan dan penggiat seni di negeri ini.
“Selain menepati tuntutan agama untuk bersedekah, tradisi bubur lambuk dapat memupuk semangat gotong-royong.
“Ia juga menjadi simbol perpaduan yang kuat di Sarawak,” katanya semasa berucap pada majlis agihan bubur lambuk MSS di Pejabat MMS jalan Taman Budaya, hari ini.
Tambah beliau, aktiviti ini juga harus diteruskan kerana ia mampu mengeratkan jaringan komunikasi dan rangkaian kerjasama antara MSS dengan agensi lain di kalangan pengiat seni, persatuan persatuan seni di bahagian Kuching.
Hadir sama, Ketua Bahagian Pengurusan Seni MSS Easter Melebeh dan Ketua Unit Acara merangkap Pengerusi Kelab Kakitangan MSS, Azhar Julaihi.
