Guru, pelajar Tunku Putra HELP terokai ilmu, teknologi TEGAS Digital Village

KUCHING: TEGAS Digital Village (TDV) di sini, menerima kunjungan seramai 40 pelajar dan guru Tunku Putra HELP Kuching.

Lawatan berkenaan bertujuan bagi meneroka ekosistem inovasi dan teknologi terkini.

Ia tertumpu kepada sesi inspirasi serta pendedahan hands-on di Maker’s Lab bagi melihat sendiri fasiliti yang disediakan.

Lawatan ini juga memperlihatkan peranan penting TEGAS sebagai destinasi utama sekolah dalam memupuk minat generasi muda terhadap masa depan pendidikan STEM dan digital Sarawak.