SEBUYAU: Belia perlu diberi ruang serta galakan melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan susulan golongan itu merupakan
aset penting dalam pembangunan masyarakat.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, generasi muda juga perlu merebut peluang untuk meningkatkan potensi diri serta memperkasa pembangunan modal insan.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Sembang Santai bersama Belia dan Pemuda N27 Sebuyau di perkarangan Pusat Khidmat DUN N.27 Sebuyau, Kampung Baru, semalam.
Program tersebut berlangsung dalam suasana santai dengan aktiviti beramah mesra.
Pendekatan itu memberi peluang kepada semua yang hadir untuk berinteraksi secara lebih dekat selain mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan komuniti.
