DARO: Ahli Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi menyampaikan sebanyak 260 beg cenderamata Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Hari Gawai dan Hari Raya Aidiladha kepada pengguna jalan raya di Daerah Daro.
Program itu sebagai keprihatinan terhadap keselamatan pengguna jalan raya menjelang musim perayaan yang menyaksikan peningkatan pergerakan orang ramai pulang ke kampung halaman.
Dalam itu, Ahmad Johnie menasihatkan pemandu supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu, mematuhi peraturan jalan raya serta mengutamakan keselamatan diri dan keluarga sepanjang perjalanan.
Menurutnya, setiap beg cenderamata turut disertakan dengan risalah keselamatan jalan raya yang menekankan kepentingan mematuhi undang-undang serta amalan pemanduan berhemah, khususnya ketika pulang ke kampung halaman.
