MIRI: Lebih 3,500 perwakilan dijangka menghadiri Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Utara yang dijadual berlangsung pada 13 September depan.
Timbalan Premier Sarawak yang juga Pengerusi Konvensyen Khas Zon berkenaa, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, perwakilan akan bersidang di Stadium Tertutup Miri yang akan dirasmikan oleh Premier Sarawak merangkap Yang di-Pertua Parti PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Perwakilan terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pemuda dan Belia dari 18 cawangan PBB di Belaga, Bintulu, Miri, Marudi, Limbang, Lawas dan Ba’ Kelalan, katanya selepas mesyuarat persediaan kedua di sini hari ini.
Awang Tengah berkata, konvensyen ini, sebahagian daripada inisiatif pengukuhan akar umbi parti di zon utara dan memastikan perwakilan memahami dasar-dasar kerajaan dan perjuangan parti, selain mengukuhkan solidariti dan perpaduan.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Datuk Gerawat Gala, Setiausaha Konvensyen zon utara, Datuk Awang Bujang Awang Antek dan Setiausaha Eksekutif Parti PBB Datu Takun Sunggah.
