SARIKEI: Pameran Utama, Kaunter Perkhidmatan serta penyertaan e-Peraduan di Sarawak Pavilion & Services dan Sibu Kitchen memeriahkan Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei, yang bermula hari ini.
Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki menyempurnakan prapelancaran program tersebut di Kompleks Sukan Sarikei, di sini.
Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Datu Felicia Tan Ya Hua, selain ketua-ketua jabatan serta jemputan lain.
