SARATOK: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Krian menerima lebih 500 permohonan keahlian baharu dalam tempoh kurang sebulan.
Perkembangan ini mencerminkan sokongan rakyat terhadap parti meningkat.
Ketua Cawangan Parti PBB Krian, Bell Bernard Aggan berkata, jumlah berkenaan lmenunjukkan semakin ramai masyarakat yakin terhadap perjuangan dan hala tuju parti yang membawa agenda pembangunan serta memperjuangkan kepentingan rakyat Sarawak.
Penyerahan borang permohonan keahlian baharu itu disampaikan oleh Laga Biju kepada Timbalan Ketua Cawangan Krian, Edmund Uda.
Katanya, kepimpinan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, antara faktor keyakinan mereka.
Beliau merakamkan penghargaan kepada penduduk Krian yang memilih untuk bersama Parti PBB.
