Abdul Karim kekal Presiden SABERKAS, Gerald Rentap Timbalan, Dr Safiee Setiausaha Agung

SIBU: Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah kekal menerajui Pertubuhan Kebangsaan Belia Bersatu Sarawak (SABERKAS) Sarawak selepas menang tanpa bertanding jawatan Presiden sesi 2026-2029.

Turut menang tanpa bertanding ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Belia dan Sukan), Datuk Gerald Rentap Jabu, bagi jawatan Timbalan Presiden.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro pula, Dr Safiee Ahmad dilantik semula sebagai Setiausaha Agung SABERKAS.

Bagi jawatan Naib Presiden, ADUN Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan mendapat undian tertinggi sebanyak 220 undi, diikuti Sophie Shariee dengan 171 undi.

ADUN Bukit Semuja John Ilus menduduki tempat ketiga dengan 135 undi, manakala Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee memperoleh 132 undi di tempat keempat.

Sementara itu, bagi jawatan Ahli Jawatankuasa, Surai Anthony Abell memperoleh undi tertinggi iaitu 242 undi.

Beliau diikuti Awangku Bahar Pengiran Jini dan Awang Nashfarini Awg Sarbini yang masing-masing memperoleh 241 undi, manakala Mohd Faizal Jamiludin mendapat 239 undi.

Calon lain yang berada dalam senarai teratas ialah Mohammad Naieem Samsudin (232 undi), Douglas Chupong Jefferson Jamit (230), Muhamad Tarmizi Karnain Abdah (227), Steve Lius (227), Marcion John (224) dan Julianne Philip Attan (223).

Seramai 25 calon disenaraikan bagi jawatan Ahli Jawatankuasa, berdasarkan kedudukan undi yang direkodkan dalam keputusan pemilihan SABERKAS Sarawak sesi 2026-2029.