SARATOK: Projek naik taraf jalan pertanian dan akses ke tapak perkuburan kepada penduduk tiga rumah panjang di kawasan Entebu, di sini, siap sepenuhnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata rumah panjang terbabit ialah Rumah Anau, Rumah David dan Rumah Bangsa.
Menurutnya, permohonan projek terbabit dikemukakan penduduk tiga rumah panjang itu pada 2025 kerana berdepan kesukaran keluar masuk kawasan pertanian mereka.
“Projek bernilai RM212,310 itu dilaksanakan menerusi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA), dengan Jabatan Pertanian Bahagian Betong bertindak sebagai agensi pelaksana,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke projek siap pembinaan jalan pertanian dan jalan menuju ke tapak perkuburan di kawasan Entebu, dekat sini, semalam.
Mohamad Duri berkata, kerja naik taraf projek terbabit pula dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik menerusi proses tender.
