KUCHING: Seramai 145 anak penduduk kawasan Parlimen Batang Sadong menerima Insentif Kecemerlangan Anak-anak Batang Sadong Tahun 2025 hari ini.
Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Safiee menyampaikan insentif tersebut membabitkan jumlah keseluruhan dana sebanyak RM56,200.
“Penerima insentif terdiri daripada pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2025,” katanya.
Rodiyah berkata, penerima lain ialah mereka berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
“Kepada anak-anak yang akan melanjutkan pengajian ke IPT, saya berpesan satu perkara, jangan takut mempunyai cita-cita yang besar,” tambahnya.
Beliau berkata, mereka mungkin datang dari Parlimen Batang Sadong, tetapi tidak bermakna impian mereka kecil.
Justeru, beliau menasihat pelajar agar belajar bersungguh-sungguh, jaga disiplin, bina keyakinan diri dan memanfaatkan peluang yang ada.
