MIRI: Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Utara akan diadakan secara besar-besaran melibatkan sebanyak 18 cawangan di sini.
Timbalan Yang di-Pertua Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) merangkap Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, konvensyen khas itu akan dihadiri lebih 3,000 perwakilan parti yang
mewakili cawangan masing-masing.
“Sebahagian daripada mereka sudah tiba tadi. Kita berharap konvensyen esok akan berjalan lancar,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan raptai Konvensyen Khas Parti PBB Zon Utara di Stadium Tertutup, Miri di sini, hari ini.
Awang Tengah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen Khas zon berkenaan berkata, secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh ahli-ahli jawatankuasa induk konvensyen berkenaan
“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang melakukan persiapan ini,”
tambahnya.
