GPS bawa kestabilan politik, tambah dana kepada Sarawak

KUCHING: Kebijaksanaan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan barisan pemimpin Gabungan Parti Sarawak (GPS) membawa kestabilan politik di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Satok) Dato Ibrahim Baki berkata, Premier Sarawak kreatif dan bijak dalam cara menambah dana bagi Sarawak.

Katanya, oleh itu parti politik yang lain mula menerima apa yang dilakukan GPS.

“Orang yang melawan kita dahulu sudah masuk ke salah sebuah parti dalam GPS, parti itu sudah tutup, jadi ahli GPS,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Zon Ranting Masjid, Bintangor, Bandarsah/ Mataim dan Muda Hashim B dan Pertubuhan Anak Seni Bandarsah di Dewan Anak Seni Kampung Bandarsah, di sini malam tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *