KUCHING: Seramai 17 peserta ‘Badang’ merebut gelaran lelaki dan wanita terkuat dalam pertandingan Lelaki dan wanita Terkuat sempena Pesta Telaga Air bermula hari ini.
Dalam pertandingan ini peserta lelaki dan wanita yang mampu mengangkat beban yang lebih berat akan dinobatkan sebagai juara.
Selain itu, kiraan masa semasa mengangkat beban itu juga diambilkira untuk melayakkan peserta sebagai pemenang.
Peserta pertandingan orang kuat ini datangnya dari Sabah, Labuan, Semenanjung dan Sarawak.
Acara lain yang turut diadakan pada Sabtu senamrobik, pertandingan melastik petanque, silat dan Battle Of The Bands.
Pesta Telaga Air edisi ke-19 dirasmikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek Untuk Agensi Pembangunan Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi di Pentas Utama, Kampung Telaga Air hari ini.
Hadir sama ialah Pengerusi MPP, Kaunselar Tan Kai, Setiausaha Perbandaran Ir Ts Goh Thiam Ho dan pengerusi jawatankuasa pengelola Pesta Telaga Air 2026 Cr Samsudin Unai serta beberapa ketua masyarakat.
Pesta Telaga Air edisi ke-19 adalah anjuran Majlis Perbandaran Padawan (MPP) dengan kerjasama badan-badan komuniti di Kampung Telaga Air itu turut mendapat sokongan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen P.193 Santubong dan Pusat Khidmat N.4 Pantai Damai, selain mendapat dukungan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.
