KUCHING: Punca utama gangguan bekalanm elektrik di kawasan Simunjan ekoran talian pengagihan panjang yang terdedah kepada unsur-unsur luar.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Abdul Rahman Junaidi berkata, antaranya seperti keadaan cuaca buruk, sambarankilat, haiwan atau sentuhan pokok.
“Bagi menangani masalah tersebut, sumber bekalan elektrik ke Simunjan dialih daripada pencawang Kota Samarahan ke pencawang Asajaya.
Ini sekali gus memendekkan jarak talian tersebut daripada 50 kilometer (km) ke 42 km,” katanya menjawab soalan Awla Dris (GPS-Simunjan) semasa sesi soal jawab persidangan DUN di sini hari ini.
Selain itu, beliau berkata, kementerian telah mengemukakan cadangan untuk mendapatkan peruntukan bagi projek yang menggunakan talian pengagihan voltan sederhana berpenebat (MVCC) dari Asajaya ke Simunjan sepanjang 45 km.
Projek itu akan memberi penyelesaian jangka masa panjang untuk mengtatasi masalah gangguan bekalan elektrik di Simunjan, tegas beliau.
Awla bertanya apakah penyebab utama berlakunya ‘blackout’ di kawasan Simunjan dan apakah yang telah diambil untuk menangani isu tersebut.
