KUCHING: Seramai 142 bakal jemaah haji Sarawak dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini hari ini jam 10.25 pagi tadi.
Kumpulan KT70Q ini dijadual berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAK) dan akan digabungkan bersama kumpulan bakal haji dari Pulau Pinang.
Mereka seterusnya akan menyambung penerbangan ke Jeddah, Arab Saudi dijadual pada 3.20 petang dan dijangka tiba pada 7.10 petang (waktu Arab Saudi) hari yang sama.
Sebelum berlepas, Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi menyantuni mereka dalam Majlis Meraikan Keberangkatan Jemaah Haji Sarawak di sini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Naim Mokhtar dan Pengerusi Majlis Islam Sarawak (MIS) Datuk Misnu Taha dan Pengarah Tabung Haji Wilayah Sabah dan Sarawak Datuk Nurlaila Said.