RM34.8 juta bagi projek utiliti Betong

BETONG: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) diperuntuk kira-kira RM34.8 juta bagi melaksanakan sembilan projek utiliti dan telekomunikasi di bahagian Betong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka yang juga Pengerusi Jawatankuasa Sektor Pembangunan Utiliti dan Telekomunikasi BDDA, Mohamad Duri berkata, projek itu berkaitan pemasangan lampu solar di jalan utama dan jalan kampung di bahagian Betong.

“Selain itu ialah cadangan projek pembinaan talian atas 33 kilovolt (KV) di Jalan Krian daripada Kampung Kaba hingga Kampung Nyabor dan membina talian atas 11 KV dari Kampung Perpat ke simpang Jalan Paloh,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kerja sektor pembangunan utiliti dan telekomunikasi BDDA di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Betong

Turut hadir ialah ADUN Beting Maro, Razaili Gapor, Residen Bahagian Betong, Richard Micheal Abunawas serta agensi berkaitan.