SIBU: Sarawak mempunyai seramai 2,271 orang kontraktor Bumiputera dari Kelas E dan D yang berdaftar setakat 20 Jun 2024.
Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata mereka berdaftar dengan Unit Pendaftaran Kontraktor dan Juruperunding (UPKJ).
“Daripada 2,271 orang, terdapat 599 kontraktor dari Zon Tengah (Sibu: 136; Sarikei: 118; Mukah: 244 dan Kapit:101),” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penangguhan Kursus Program Kontraktor Berdaya Saing (PKBS) bagi Zon Tengah, di sini, semalam.
Uggah berkata Kerajaan Sarawak ingin menambah bilangan kontraktor Bumiputera berdaftar dalam kelas lebih tinggi yang secara tidak langsung mampu meningkatkan hasil pendapatan dan kualiti hidup mereka.