KUCHING: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) menyumbangkan penghawa dingin dan patung kepada Unit Onkologi di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini, hari ini.
Presiden SABATI, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menyempurnakan penyerahan sumbangan yang terdiri 10 unit penghawa dingin bagi kegunaan wad radioterapi lelaki.
Beliau di majlis itu turut meluangkan masa menyantuni penghuni wad dan menyerahkan sumbangan kepada mereka.
Manakala, sumbangan patung pula untuk kegunaan latihan dan praktikal kakitangan unit tersebut.
Sumbangan ini merupakan usaha SABATI untuk menyokong kemudahan kesihatan dan meningkatkan penjagaan pesakit.
Turut hadir ialah Timbalan Presiden SABATI, Datin Amar Enn Ong Siok Ean, Pengerusi Majlis Kebajikan dan Anggota- anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Wanita Sarawak, Datin Amar Baduyah Bujang, Bendahari Kehormat SABATI, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin dan Pengarah Hospital Umum Sarawak (HUS), Dr. Ngian Hie Ung.
GAMBAR:JABATAN PREMIER