BINTULU: Projek pemasangan lampu solar di sepanjang jalan dari Kampung Warisan Jepak di sini diharap disiapkan dalam tempoh ditetapkan.
Projek itu sudah bermula dari kampung terbabit sehingga ke Pejabat Gerakan Polis Marin dan Kastam di Jepak.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, projek itu akan menunjukkan komitmen Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) untuk mendengar serta merealisasikan keperluan komuniti.
“Saya berharap projek tersebut dapat disiap dalam tempoh yang ditetapkan untuk memberikan manfaat kepada penduduk Kampung Warisan Jepak dan kawasan sekitarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika
meninjau kerja-kerja projek pemasangan lampu solar di sepanjang jalan kampung terbabit.
