KUCHING: Kejayaan powerlifter Sarawak, Bonnie Bunyau Gustin di Sukan Paralimpik Paris 2024 menjadi motivasi bagi atlet Sarawak yang akan bertanding di Para Sukan Malaysia (SUKMA).
Menteri Wanita, Awal Kanak-Kanak dan Pembangunan Kesejahteraan Masyarakat, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, Bonnie berjaya mengangkat 232 kilogram (kg) untuk mencipta Rekod Dunia baharu di Sukan Paralimpik Paris 2024.
“Pencapaian beliau akan menjadi inspirasi dan motivasi kepada atlet kita berlatih bersungguh-sungguh Para SUKMA,” katanya di sini.
Fatimah berkata, rakyat Sarawak khususnya pasukan atlet Para SUKMA Sarawak gembira kerana beliau dapat mencapai sasaran menewaskan rekod dunianya sendiri sebelum ini dan menang pingat emas.
“Kami berbangga dengan pencapaiannya, anak Sarawak mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia,” tambahnya yang turut menzahirkan tahniah.
