BINTULU: Projek pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak yang bakal menghubungkan bandar Bintulu dan Jepak dijangka siap sepenuhnya pada Februari 2025.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, tahap kemajuan semasa projek mencecah 87.82 peratus berbanding 87.38 peratus yang dijadualkan.
“Walaupun terdapat cabaran semasa pandemik Covid-19, kami gembira kerana projek ini berjalan lancar,”katanya.
Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan kerja rasmi ke tapak projek tersebut, di sini, hari ini.
Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan menjelaskan, jambatan tersebut adalah impian Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menghubungkan bandar Bintulu dan Jepak.