BINTULU: Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo Bintulu (BIKF) Ke-17 akan disertai sebanyak 28 negara termasuk Amerika Syarikat mulai 25 hingga 29 September ini.
Festival anjuran Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bertemakan ‘Kesatuan Melalui Penerbangan’ itu juga akan mendapat liputan dari dua krew televisyen Perancis.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, festival terbabit akan menyajikan pertunjukan layang-layang yang mengagumkan.
“Pelbagai aktiviti yang melibatkan keluarga dan pengunjung dari pelbagai latar belakang turut diadakan,”katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis meraikan ketibaan peserta BIKF Ke-17 2024 di sini, hari ini.