KUCHING: Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) harus memanfaatkan platform e-dagang dalam perniagaan masing-masing.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata, platform itu tidak hanya mengubah cara perusahaan beroperasi malah membantu meluaskan jangkauan pasaran.
“Menurut penyelidikan pasaran oleh Mordor Intelligence, di Malaysia pasaran e-dagang diunjurkan mencecah US$10.72 billion pada 2024,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Pemerkasaan Wanita Komuniti MARA di Plaza Merdeka, semalam.
Rubiah berkata, pasaran terbabit diunjur akan terus meningkat kepada US$20.93 billion menjelang 2029.
