KUCHING: Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) menerima sumbangan mesin ultrasound bernilai RM246,000 dalam majlis penyerahan di Wisma SABATI di sini, hari ini.
Majlis tersebut disempurnakan
isteri kepada Premier Sarawak yang juga Pengerusi SABATI, Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.
Sumbangan berjumlah RM106,508 sumbangan One Medicare Sdn Bhd dan RM139,492 (Biomedix Solution Sdn Bhd).
Hadir sama, Timbalan Presiden SABATI Dato Dayang Morliah Datuk Awang Daud dan Dato Doreen Mayang Uggah dan Bendahari Kehormat SABATI, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin.- UKAS