Panglima Briged Kesembilan lawat mangsa banjir

MUKAH: Panglima Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd), Brig Jen Jafri Sulaiman menyantuni mangsa banjir di Daerah Mukah dan Dalat, semalam.

Dalam program kali ini, Panglima 9 Bgd melawat tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu PPS Belia Mukah, PPS MRSM Mukah dan PPS Stadium Perpaduan Dalat.

Semasa lawatan, Pegawai Memerintah Batalion Keenam Rejimen Sempadan (6 RS), Lt Kol Lee Swee Chiat memberi taklimat ringkas Op MURNI di bawah kawasan tanggungjawab kepada Panglima 9 Bgd.

Panglima 9 Bgd turut bertanya khabar kepada trup 6 RS yang terlibat dalam Op MURNI di Bahagian Mukah.

Beliau menzahirkan terima kasih kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam pengoperasian PPS dan membantu mangsa banjir.

Turut hadir bersama adalah Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga anak Chunggat serta wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS).