TYT Sarawak kurnia Darjah Kebesaran Negeri kepada 155 penerima

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengurniakan Darjah Kebesaran Negeri Sarawak kepada 155 penerima dalam Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Dewan Besar Astana Sarawak, di sini hari ini.

Pengurniaan dimulakan dengan Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (P.B.K) kepada 14 penerima, termasuk Pegawai Daerah Bukit Mabong, Jabang Juntan dan Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang, Dr Bujang Julaihi, Dr Emmanuel Joseph Fong Tsung dan Hasanal Abdul Wahid.

Turut menerima pingat ialah Tan Chee Kang, Sagu Unting, Ir. Ts. Kueh Li Li, Sharifah Rodziah Sayeed Aman Ghazali, Sanuyah Mohamad, Saripah Aziah Wan Yon, Herlina Ajaib Jamahari dan Siti Suhaila Madji bagi pihak Allahyarham Zamzuri Mahdi.

Bagi Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Bakti (P.P.B ), seramai 23 penerima menerima pengiktirafan berkenaan, antaranya Leftenan Kolonel Denis Kueh Abdullah TUDM, Leftenan Kolonel Muhammad Samzie Gusang, Leftenan Kolonel Majani Japon dan Superintendant Kamis Sulong.

Sementara itu, Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (A.B.S) dikurniakan kepada 15 penerima, termasuk Datin Nancy Kuyor, Dr Christie Augustine Kiek, Carrie Anne John David dan Chai Mian Nyen.

Seramai 21 penerima pula menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (A.B.K), termasuk Dr Mohamad Idres Rosli, Awangku Nassir Awangku Kerta, Affri Tonny, Anthony Amin dan Cody Ma Yuong Jie.

Bagi Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (P.P.T), seramai 39 penerima menerima pengiktirafan itu, antaranya Abdullah Bojeng, Awang Zaini Awang Saed, Dennise Lo Thian Sin, Esa Junny, Ismawi Ibrahim dan Mohammed Feruz Abdul Khalik.

Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (B.B.S) pula dikurniakan kepada 43 penerima, antaranya Dr Awang Habiburllah Awang Ismail, Dr Ishak Johari, Abdul Rahman Mohammad, Ahmad Zaiwin Mohd Kassim dan Awangku Mohamad Azmi Awangku Jeman.

Mengiringi Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi semasa istiadat tersebut ialah isteri beliau, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Turut hadir semasa istiadat itu ialah Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki serta isteri Datin Amar Baduyah Bujang, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Sungai dan Laut) Datuk Henry Harry Jinep, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya, serta Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit Unyat.