Sungkey Sama Cats raikan 70 anak yatim

KUCHING: Seramai 70 anak yatim daripada Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Negeri Sarawak (PERYATIM) diraikan dalam Program Sungkey Sama Cats, di Dewan Cats, Jalan Bako, di sini, malam tadi.

Program ini bertujuan mengeratkan ukhuwah dalam komuniti sambil menyambut keberkatan bulan Ramadan.

Pengurus program, Mohamad Fadzli Daud berkata, sumbangan duit Raya kepada anak-anak yatim serta tazkirah Ramadan turut diadakan.

Program dihadiri Pengarah Urusan Kristal Harta Sdn Bhd, Mohd Iskandar Mohd Nawawi.